Skip to content

“Buang masa sahaja sambung belajar, tak ada ijazah pun boleh berjaya!”

Pernah dengar?

Biasa dengar?

Tak dapat dinafikan bahawa, banyaknya sumber yang berada pada zaman ini, membuatkan sesiapa sahaja boleh berjaya. Sesiapa sahaja.

Namun, ayat ‘tak ada ijazah pun boleh berjaya’, selalu disalahertikan dengan ‘buang masa sahaja sambung belajar’, menyebabkan semakin ramai pula golongan usahawan karismatik yang mampu menarik dan membina jaringan pelanggan, namun tiada ilmu yang sepatutnya mereka ada.

Maka aku terpanggil untuk berkongsi buah fikiran aku. Mari duduk dan baca, kerana penulisan ini, mungkin bukan apa yang engkau sangka.

1. Menuntut ilmu ialah sesuatu yang memang kau automatik telah, sedang & akan buat.

Manusia adalah makhluk yang paling tinggi tahap pembelajarannya di muka bumi ini.

Maksudnya?

Haiwan lain ada kemampuan untuk mempelajari sesuatu, tetapi mereka tiada metakognitif (fikiran tentang fikiran mereka sendiri & bagaimana mereka berfikir) yang signifikan & tiada motivasi intrinsik.

Contohnya, jika seekor monyet ingin mendapatkan buah pada sebuah pokok yang sangat tinggi & sukar dipanjat, maka dia akan menggunakan method trial-and-error untuk memanjat pokok itu. Apa yang berkesan, itu yang dia faham & boleh digunakan utk teruskan memanjat.
Tapi itupun kalau ada buah di pokok tersebutlah. Kalau tiada, maka monyet itu takkan teringin pun untuk berfikir bagaimana hendak memanjat pokok itu.

Lain pula dengan manusia. Kalau kita disuruh mendapatkan buah itu, kita takkan terus serbu.
Kita akan dongak ke atas & tengok betapa tinggi pokok itu.
Kita akan kenalpasti adakah kita seorang pemanjat yang bagus atau tidak.
Kemudian kita akan tengok sekeliling, ada tak alatan yang boleh membantu kita mendapatkan buah tersebut (galah, batu untuk baling, atau kasut sendiri bahkan).

Kita mampu menyusun strategi, sebab kita ada metakognitif. Yakni, kita mampu bayangkan beberapa strategi & mainkan dulu strategi-strategi tersebut dalam kepala kita. Dengan itu, kita boleh ‘nampak’ strategi kita berkesan atau tidak, sebelum kita melaksanakannya lagi.

Dan katakan kalau tak ada buah pun di situ, seseorang yang suka memanjat pokok, pasti akan cuba menyusun strategi untuk memanjat pokok tersebut dengan cara yang paling memuaskan hatinya, walaupun tak ada pun ganjaran yang dia akan dapat daripada melakukannya. And vice versa: seseorang yang tak suka panjat pokok, apabila tiba-tiba diberikan misi untuk mendapatkan buah, pasti ada saja celotehnya utk mengelak.

“Eh, tak de orang lain ke boleh buat? Apa susah-susah nak panjat-panjat, beli je la kat kedai! Kenapa penting sangat nak dapatkan buah yang itu di pokok yang ini? Tak boleh kat tempat lain ke? Kalau boleh, aku tak nak panjat.”

Haa… itulah motivasi intrinsik.

2. Manusia perlu berakhlak dgn ilmu.

Ini juga tidak ada pada haiwan. Tetapi hal ini juga tidak datang secara terlalu semulajadi juga pada manusia; akhlak ini perlu dipupuk.

Semua budaya & kepercayaan masing-masing ada sikap mereka terhadap ilmu. Contohnya dalam Islam, masyhur sudah hadis bahawa menuntut ilmu itu ialah kewajipan ke atas setiap Muslim (Sunan Ibnu Majah, 224).

Sebab ada juga manusia yang degil dan jahil, yang angkuh dengan kedegilan & kejahilannya. Kalau dah sedar diri degil & jahil, tapi nak belajar, itu satu benda yang bagus sebenarnya! Tetapi kalau angkuh lagi, maka itu disebabkan tiadanya akhlak seseorang itu dengan ilmu.

Maka, sebab itulah ayat ‘tak ada ijazah pun boleh berjaya’ tidak boleh sewenang-wenangnya dipadankan dengan ‘buang masa je sambung belajar’.
Kalaulah ayat ini yang asyik diulang-ulang, maka kita akan melahirkan golongan usahawan karismatik yang sombong. Yakni, mereka mempunyai karisma sebagai seorang usahawan, mereka mampu menarik para pelanggan untuk terus membeli daripada mereka,
tapi itulah… sombong. Sedap-sedap mengata orang yang (nampak) tak berjaya macam dia.

Inilah namanya tak ada akhlak dengan ilmu.

Macam mana pula contoh-contoh berakhlak dengan ilmu?

  • Tidak sombong dengan ilmu yang dimiliki.
  • Sentiasa terbuka dengan kemungkinan bahawa apa yang kita ketahui/percayai boleh jadi salah.
  • Memanfaatkan ilmu sebaik mungkin.
  • Tidak merendahkan orang lain kerana mereka tiada ilmu yg kita ada.

3. Sistem & metode mencari ilmu itu dicipta oleh manusia.

Dah berzaman manusia wujud, sudah terlalu banyak metode & sistem jugalah yang dibina oleh manusia untuk menuntut ilmu & memelihara disiplin ilmu.

Syarahan umum, sistem sekolah, sistem universiti, sistem peperiksaan, latihan ilmiah & amali, konsep periwayatan, mentor-mentee…
hingga ke zaman moden ini, kita ada seminar, webinar, online courses, YouTube channel/playlist/videos, roadshow, public figure talks, academia, kursus latihan, buku rujukan, buku bantu diri dan sebagainya…

Dan setiap sistem yang dibina oleh manusia itu, sebagaimana menghasilkan impak yang besar dlm membantu manusia menghadami ilmu pengetahuan itu sendiri, juga tidak sempurna. Ada juga kelemahannya.

Selain itu, sistem-sistem yang berbeza juga menunjukkan bahawa manusia itu berbeza keperluan ilmu mereka & kecenderungan mereka utk belajar.

Ada yang tak boleh dengar syarahan terbuka, pasti mata terpejam lambat laun juga.
Ada yang tak boleh menghadap skrin terlalu lama, susah nak tumpukan perhatiannya.
Ada yang tak cukup dengan membaca buku sahaja, dia mahu turun padang & mencuba kesemua yang dia baca.

4. Kita perlu mengkaji sistem mana yang terbaik utk kita.

Jadi, apabila kita bercakap tentang SPM & ijazah dalam konteks ilmu, kita bercakap tentang sistem.

Dan dalam memilih sistem, hal ini semua orang tahulah; nak pilih mana-mana sistem yang ada, itu terpulang pada kemaslahatan individu.

Tetapi adakah kita telah mengkaji, sebelum memilih?

Kalau setakat beli buku, atau datang ceramah, ya mungkin boleh sekadar datang atau tidak ikut suka.

Tetapi apabila kita bercakap tentang sistem, maksudnya kita memilih perkara jangka masa lama yang terbaik. Yang mana manfaatnya paling memenuhi keperluan kita? Yang mana kelemahannya kita boleh bertoleransi? Yang mana hasil atau produk sistem itu masih akan relevan walaupun setelah beberapa tahun berlalu?

Sebab, persekitaran akan berubah dengan sangat drastik, tetapi tidak sistem. Terutamanya sistem yang sudah tertubuh dan terpakai (established system), apatah lagi buat masa yang lama. Sistem persekolahan tradisional, contohnya. Boleh berubah, bahkan akan berubah, tetapi susah, dan lama.

Jadi, jika established sistem sudah tidak mampu memenuhi keperluan anda, maka anda harus pergi, kerana keperluan anda berada di tempat lain

Contohnya, tahukah anda, punca utama pengangguran di Malaysia adalah sebenarnya kerana terlalu ramai sudah orang yang pergi universiti?

Tahukah anda, kekosongan kerja untuk lepasan ijazah hanya 5%, tetapi yang 5% itulah hampir seluruh anak muda bersaing? Manakala lagi 95% kerja kosong hanya memerlukan sijil SPM, tetapi terlalu sikit orang yang memohon, sehingga warga asing yang terpaksa memenuhi kekosongan ini?i

Tahukah anda, kebolehpasaran graduan (graduate employability, GE) utk sekolah vokasional semakin mencanak naik & GE graduan universiti semakin mencanak turun?

Tahukah anda, bahawa ramai lagi yang tidak tahu mengenai perkara ini, lalu menyuruh lagi orang muda masuk universiti, walhal apa yang mereka paling perlukan ialah bekerja atau sekurang-kurangnya sekolah vokasional,
lalu hal ini semakin menyumbang kepada jurang ini?

Ini sebelum COVID tau. Agak-agak masa COVID macam mana?

Jelas, pada waktu ini, kita lebih memerlukan orang tolong angkat sayur di pasar. Kita lebih memerlukan posmen menghantar bungkusan. Kita lebih memelukan pekerja pembersihan membasmi tempat-tempat komersial.
Obviously.

“Tapi saya nak ilmu pengetahuan”

Ingat, kita bercakap tentang sistem. Jadi tanya balik diri sendiri, apa yang kita paling perlukan sekarang?

Kebanyakan orang perlu benda yang sama je; untuk kekal hidup.

Jadi, sebagai seseorang yang lepas SPM la katakan, yang masih muda & bertenaga, yang tiada orang yang perlu ditanggung, yang tiada asset mahupun liabiliti, apa yang anda paling perlukan untuk kekal hidup?

Kerja.

Itu sahaja.

Maka, jika dia memilih untuk bekerja, dia akan memenuhi keperluannya, DAN mendapat ilmu pengetahuan melalui pengalaman.

THAT is the best system suited for people like this.

Menyuruh mereka yang memerlukan pekerjaan untuk mendapatkan kestabilan kewangan untuk kekal hidup, untuk sambung belajar dahulu,
hanya kerana ‘nanti gaji lebih besar’ (dah tak relevan dah pun),
‘ilmu pengetahuan’ (we’re talking about system, not knowledge itself, remember? berapa kali aku nak ulang ni oi),
‘pengalaman’ (habis tu bekerja bukan pengalaman ke?),

ibarat seseorang yang bakal mati kehausan di gurun, yang dah jumpa telaga air mata air depan mata, tapi kita cakap ‘eh, jangan berhenti dulu, jalan lagi 10km, ada air sirap dekat sana, rugi kalau tak pergi!’

That is NOT the best (if not the worst!) system suited for people like this.

5. Landskap kerjaya memang telah berubah dengan sangat banyak sekarang ini, dan terpulang pada diri kita sendiri untuk mengkaji sistem mana yang paling bersesuaian.

Memang, pada waktu ini, sekadar mengikut orang masuk sistem yang kita rasa paling popular, adalah sangat, SANGAT, berisiko.

Nak tak nak, kita sendiri yang kena ada inisiatif sendiri, untuk kaji apa yang kita perlu.

Macam aku cakap tadi, tak ramai lagi orang tahu pasal apa yang aku cakap tadi. Sebab itu, aku selalu tak senang duduk, apabila dengar galakan orang masuk universiti, pada waktu-waktu ini.

Masalahnya tidak terletak pada sistem universiti. But do you promote that, already knowing about the job & qualification disparity? Aku rasa tidak.

Dan ya, aku terus terang awal-awal dulu, memang kalau orang tanya nasihat dekat aku, memang nasihat aku akan lebih cenderung utk tidak masuk ke universiti lepas SPM.

But let’s say, you do decide to do so, then I hope you are informed enough to make the best decision for you. Especially that fulfils your needs more than it fulfils your wants.

Aku pun sedang berusaha atasi bias aku sendiri, sebab aku sedar bahawa keadaan orang lain-lain. There will be people that despite all of this, still can do well in university & get a qualified job (but statistically speaking, very little of number). I just hope you guys are clear why I lean more towards the other direction.

And this works vice versa too. Pihak kementerian dan pihak universiti tidak perlu terlalu mencanang ayat “Kalau peluang pekerjaan tak ada, awaklah kena cipta peluang pekerjaan sendiri dengan berniaga!”

Bukanlah masalahnya terletak pada sistem keusahawanan juga. Tetapi gaya mereka bercakap, macam keusahawanan itu senang sangat nak buat.

Keusahawanan itu sendiri ialah satu sistem yang tersendiri, di mana kelebihan dan kekurangan serta kesusahannya, walaupun unik, setara dengan mereka yang bekerja atau sambung belajar.

Tidak wajar kita meletakkan expectation kepada seseorang insan untuk melalui satu sistem, hanya untuk pergi ke satu sistem yang berlainan. Atau lebih teruk, menanggung beban kedua-dua sistem serentak.

Ada saja orang yang memang semulajadi ialah seorang pekerja yang baik. Sangat baik, sangat cemerlang. Jadi, orang-orang sebegini, kalau ditekan pula untuk menjadi bos sendiri, akan kecundang pula.

Dan begitu juga sebaliknya, ada orang yang sangat mahir dalam perniagaan dan keusahawanan. Kalau ditekan pula mereka untuk bekerja atau sambung belajar, kemungkinan besar juga akan kecundang. (Ya, biasanya kalau nak berniaga kena kerja bawah orang dulu, Maksud aku, kalau dia dah tunjuk kecenderungan untuk berniaga semasa bekerja, jangan ditekan untuk kekal menjadi pekerja pula).

Dan hal ini juga terpakai secara meluas, bukan setakat dalam bekerja/berniaga/belajar.

Seperti yang aku cakapkan tadi; keadaan orang semua lain-lain. KAU yang kena mengkaji sendiri untuk menentukan perjalanan kerjaya KAU. KAU yang kena buat keputusan untuk kehidupan kau sendiri. Bukan kementerian. Bukan universiti. Bukan aku.

KAU.

“Umm… who are you?”

Ah yes, sorry. Rude much to just talk about a topic that I seemingly am not expert about, without introducing myself.

I’m Kelly. Graduated as a psychology student. Yes, I am a university student too.

Dan ya, sebab aku pelajar universitilah,
sebab aku dah tengok macam mana sistem universiti,
sebab aku dah tengok macam mana para pelajar secara umumnya dalam sistem ini,
sebab aku dah tengok ke mana sebenarnya sistem ini akan bawa aku,

that is precisely why I said what I said.

I’ve been content producing for 3 years, and am passionate about our youth well-being, especially in terms of career development, because I believe one’s career greatly affect one’s life.

Dah banyak dah artikel dan video aku buat pasal perkara ini. Dan pada Disember 2020, aku berjaya untuk menyimpulkan semua content tersebut dalam dalam sebuah ebook yang sangat ringkas: Membina Kerjaya Era Baru.

Aku jemput untuk korang baca & hadam isi-isi penting. Aku percaya benda ini akan lagi membuka mata korang tentang bagaimana sebenarnya landskap kerjaya sekarang ini.
(40 mukasurat je kot 😬)

Aku akhiri penulisan aku di sini. Terima kasih banyak-banyak sudi membaca. Harap dapat memberi manfaat. Ambillah apa yang betul, tinggalkan apa yang salah. I am very open to hear your feedback & criticism on this issue. We are all helping our youth here 🙂

Thank you.

Leave a Reply