Skip to content

Servis Pemasaran Buku & Pengurus Kandungan Penulis

Anda penulis yang tiada masa buat content untuk promosi buku?

Saya boleh bantu anda buat konten media sosial yang berkesan untuk pemasaran buku anda.

Penting ke content media sosial?

Penting!

Ilmu yang tidak disebarkan tidak akan memberi manfaat.

 

Menulis buku ialah satu permulaan; menyebarkannya adalah kesinambungan tanggungjawab anda dalam menyampaikan ilmu anda. Promosi yang baik adalah sambungan kepada niat murni penulisan anda.

 

“Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.” – Hadis Riwayat Ahmad.

Pembaca anda ada di media sosial.

 

Lebih 80% rakyat Malaysia aktif di media sosial.

 

Jika buku anda tidak kelihatan di sana, anda akan kehilangan ribuan bakal pembaca memang sedang dahagakan ilmu & mesej bermakna setiap hari.

Hubungan penulis-pembaca bermula di media sosial.

 

 

Kita bukan setakat nak menjual di media sosial, kita membina hubungan dengan 80% rakyat Malaysia tadi tu.

 

Satu post tentang buku anda yang menyentuh hati mereka boleh menjadikan mereka penyokong setia anda yang akan menyebarkan mesej buku anda secara organik.

“Tapi saya tak ada masa nak buat content media sosial semua ni…”

Di sinilah saya boleh bantu.

 

Anda sudah pun melabur masa, ilmu, dan hati anda untuk menulis buku anda.
Sekarang, serahkan selebihnya kepada saya.

Tentang Saya

Saya merupakan penulis sejak 2017 dalam bidang kesihatan mental & psikologi daripada perspektif Islam. Ebook saya, Membina Kerjaya Era Baru & The Third Side of The Coin, saya buat & pasarkan sendiri.


Hal ini membawa kepada peluang saya untuk menerbitkan You Are Deserving dengan PTS Publication. Hanya dengan berbekalkan konten-konten media sosial yang saya sendiri buat, You Are Deserving berjaya:

  • Menjadi antara buku terbaik MPH 2024.
  • Menjadi buku terlaris dua tahun berturut-turut di Kuala Lumpur Alternative Bookfest.
  • Tercalon untuk Anugerah Buku Perpustakaan Negara Malaysia.

Tunggu apa lagi?

Buku anda sudah siap.

Pembaca sedang menunggu!