Skip to content

Kepada para pencari kerja sekalian…

Tak ke pelik sekarang ni, apabila para pencari kerja terpaksa membelanjakan masa, tenaga dan wang mereka untuk memastikan mereka mampu mempersembahkan bahawa mereka boleh bekerja?

Kata kuncinya di sini ialah terpaksa, dan mempersembahkan.

Aku percaya, ramai sahaja antara mereka yang boleh buat kerja. Namun, untuk memastikan mereka tampak boleh bekerja, mereka terpaksa menyibukkan masa mereka dengan menghadiri kelas temuduga, kelas resume, acara networking dan sebagainya, yang hanya bersifat sampingan dalam mempengaruhi kerjaya mereka.

Ah, aku tak terkejut sebenarnya. Pasaran pekerja mahir sememangnya sudah tepu, dan hal ini membuatkan mereka terpaksa berusaha gred A+, untuk mendapatkan pekerjaan yang sebenarnya hanya memerlukan usaha bergred C.

Bukanlah aku nak cakap benda ni tak betul ke apa. Aku cuma rasa pelik, dan sedih. Terutamanya apabila aku tahu, apabila mereka mengeluarkan usaha gred A+, namun masih gagal mendapatkan pekerjaaan. Daripada situ, mungkin mereka akan rasa kecewa, dan tertanya-tanya, adakah usaha mereka itu sia-sia.

Artikel ini ialah untuk anda.

Betul, bengkel temudga, resume, kursus-kursus upskilling & reskilling, itu semua berguna. Namun, pastikan langkah pertama, yang anda telah penuhi pun, kekal kukuh; yakni menguasai asas pekerjaan & ada minat yang tulen terhadap bidang kerjaya yang dipohon.
Anda pergilah ke sebanyak mana bengkel-bengkel dan kelas-kelas, jika kedua-dua hal tersebut tidak kukuh, maka anda tidak akan dapat menjalankan pekerjaan yang anda pohon, walaupun anda diterima disebabkan tampak boleh melakukannya.

Sebab apabila anda telah menguasai asas pekerjaan (atau paling tidak pun sedang menguasai),
dan anda ada minat yang tulen (tak semestinya minat yang tinggi, cukuplah ianya mencukupi & tulen (genuine)),
barulah anda tahu apa yang relevan masuk dalam resume (atau apa yang tidak perlu masuk).
Baru anda tahu bagaimana untuk ‘menjual diri anda’ untuk diterima bekerja.
Baru anda tahu, bagaimana membina rangkaian (network), dan bagaimana untuk memanfaatkan rangkaian anda.

Selalu aku dengar soalan-soalan dalam bengkel-bengkel & kelas-kelas ini:
“Pengalaman XYZ boleh masuk resume?”
“Boleh ke cerita pasal XYZ dalam temuduga?”
“Post pasal XYZ dalam LinkedIn sesuai tak?”

Setahu aku, tidak ada satu jawapan yang betul tentang bagaimana untuk membuat resume, menjalani temuduga ataupun membina rangkaian di LinkedIn.

Maka, kenapa soalan-soalan yang bersifat tertutup begini, ditanyakan terhadap topik yang bersifat sangat, sangat terbuka?

Lama berfikir, baru aku sedar sebabnya; generasi aku diajar untuk melalui satu jalan untuk hidup di dunia ini, dan kami harus menjadi yang terbaik dalam jalan itu.
Sebab itu mereka bertanyakan soalan-soalan bersifat butiran terperinci; kerana mereka mahu menjadi yang terbaik, dalam satu jalan itu sahaja.

Walhal, dalam realiti, kehidupan itu sangat luas. Jalan kerjaya itu sangat luas. Terpulang kepada anda untuk berjalan di laluan yang mana, dan bagaimana untuk kekal berjalan di situ, jika anda mahu.

Anda boleh jadi jack of all trades; di mana anda hanya cukup bagus, namun dalam lebih daripada satu jalan.
Anda boleh juga mendedikasikan diri anda untuk meneroka satu jalan sahaja, namun anda komited untuk menukarkan jalan tersebut kepada lebuh raya besar.
Anda mungkin juga tidak kisah dengan jalan yang anda lalui, asalkan anda sampai ke destinasi. Mungkin minda & hati anda lebih tertarik dengan destinasi itu sendiri, yang membuatkan anda tidak ambil pusing sangat dengan jalan anda. Lantaklah, jangan sesat sudah. Kalau sesat pun, patahlah balik, apa susah?

Sebab tu, dalam buku aku, aku tak sentuh langsung bab-bab resume, temuduga dan sebagainya. Aku lebih berminat dengan siapa kau, apa kebolehan kau, apa kemahuan kau, dan ke mana kau mahu pergi. Lepas kau jelas dengan hal-hal tersebut, barulah kau pelajari dan aplikasi benda-benda lain yang lebih terperinci dan praktikal.
Dan boleh jadi juga, walaupun selepas kejelasan tersebut, kau mahu tukar, selepas kau mendalami dan mendapati bahawa hal itu bukan apa yang kau perlu atau kau mahu. Nah, kalau kau nak tukar, tukar saja.

Kau boleh pergi ke bengkel terhebat, yang mampu menghasilkan resume paling mantap, yang mampu membuatkan kau menjalani temuduga dengan sempurna, yang akhirnya akan menawarkan kau pekerjaan.
Tapi ingat, manusia diambil bekerja, kerana nilai yang ada dalam diri mereka.

Itulah hakikat sebenarnya.

Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana sebenarnya untuk membina kerjaya di era baru ini, dapatkan buku ini segera πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ

Buku ini membincangkan tentang

  • Perkembangan kerjaya di Malaysia
  • Lima langkah ringkas untuk membina kerjaya
  • Bukti industri berjaya yang menggunakan lima langkah ringkas tersebut

Masih ragu-ragu?

Nah, dapatkan dahulu ebook percuma berbentuk ringkasan ini:

1. ADD TO CART
2. VIEW CART
3. CHECKOUT

Leave a Reply